Stesen keretapi Batang Kali
Stesen keretapi Batang Kali

Stesen keretapi Batang Kali

Stesen Keretapi Batang Kali ialah sebuah stesen perhentian keretapi di Bandar Baru Batang Kali, Selangor, Malaysia. Stesen ini dibuka pada 21 April 2007 bersama dengan stesen Rasa dan stesen Serendah. Terdapat dua platform sisi iaitu Platform 1 (bercantum dengan bangunan utama stesen di sebelah timur, untuk kereta api ke arah selatan) dan Platform 2 (di sebelah barat, untuk kereta api ke arah utara).
Stesen keretapi Batang Kali merupakan stesen yang terpenting di daerah Hulu Selangor kerana satu-satunya perhentian yang mempunyai perkhidmatan ETS di daerah ini. Tren ETS memulakan perkhidmatannya di Batang Kali pada tanggal 1 Julai 2015 dengan laluan KL Sentral ke Ipoh, membawa perkhidmatan ETS Silver. Pada tanggal 18 Disember 2017, perkhidmatan ETS di Batang Kali diperluas ke laluan Gemas dan Padang Besar dengan membawa perkhidmatan ETS Gold. Sehingga hari ini (15 Januari 2022), perkhidmatan ETS di stesen Batang Kali masih aktif dengan laluan Gemas - KL Sentral - Ipoh - Butterworth - Padang Besar, membawa ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ETS Platinum, ETS Gold dan ETS Silver.
Kini, stesen ini telah menjadi salah satu stesen yang tersibuk di dalam daerah Hulu Selangor akibat jumlah pengguna yang semakin ramai dan populasi penduduk yang semakin meningkat saban tahun.

Stesen keretapi Batang Kali

2016 Komuter Tanjung Malim-Rawang ditamatkan, 2 dibuka.
Templat letak kenderaan Ada
Trek 2
Stesen sebelumnya  Stesen berikutnyaKeretapi Tanah Melayu (ETS)
Stesen sebelumnya  Stesen berikutnya
menghala ke Tanjung Malim
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang atau Kepong
Keretapi Tanah Melayu (ETS)
menghala ke Padang Besar atau Butterworth
ETS Platinum
menghala ke KL Sentral
menghala ke Butterworth
ETS Gold
menghala ke Gemas
menghala ke Ipoh
ETS Silver
menghala ke KL Sentral
Platform 2 platform sisi
Kod stesen  KA12 
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu
Kemudahan basikal Tiada
Koordinat 3°28′06″N 101°38′17″E / 3.46833°N 101.63806°E / 3.46833; 101.63806
Apr 2007 Stesen dan Komuter Tanjung Malim-Rawang dibuka.
Kemudahan OKU Ya
Jenis struktur Atas tanah
Sambungan Bas Smart Selangor MPHS - HS02A , HS02B (KTM Batang Kali - Hulu Yam Bharu via Antara Gapi)

Aerobus (KTM Batang Kali - Terminal Bas Awana, Genting)

Bas Setara Jaya (SJ Bus): 154 , 158
Lokasi Batang Kali, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Laluan 2 Laluan Pelabuhan Klang
 ETS  Laluan ETS
Nama lain باتڠ كالي (Jawi)
峇冬加里 (Cina)